Friday 30 December 2011

Apa Yang Perlu Dan Jangan Dilakukan Pada Hari Pertama Persekolahan Di Tahun Yang Baru

Assalamualaikum..selamat pagi petang siang malam..(tengok keadaan la ye)..okay,tajuk post yang kat atas tu sudah terang lagi bersuluh dengan 8 lampu suluh dibantu dengan lampu kereta dan lampu limpah stadium terangnya untuk panduan pelajar sekolah..kalau korang nak aplikasi kan dalam hari mula-mula masuk kerja..rasanya kurang sesuai la..okay??

masa post ni ditulis,tarikh yang tertera kat sudut bawah kanan komputer ni tunjuk angka 30.12.2011..
wahhhh dah sepuluh tahun dah ekkk(kalau korang baca post ni tahun 2021)haha..kidding.maknanya tak sampai lagi seminggu sekolah akan dibuka balik dan lantas pakcik Guard tak akan lagi berseorangan di sekolah..hehe..jadi,kebiasaannya,minggu pertama sekolah memang excited tu ada lagi..semangat pakai beg,kasut,baju baru tu tinggi macam KLCC lagi..tapi,ada jugak yang kuciwa dan berduka lara kerana cuti terlalu singkat katanya..(sambil buat muncung ikan dan mata jeling kanan).

okay,kat sini nak bagi lah beberapa panduan yang maybe kita boleh pakai bersama untuk hari pertama sekolah tahun depan..bukan apa..kita perlu ada momentum untuk teruskan sampai bulan 11..kalau bulan 1 dah macam jelly lembik je buat ape..kena lah semangat sikit dan teruskan sampai akhir tahun lebih-lebih lagi yang ada exam pmr,spm dengan apa ek lagi satu(sambil angkat-angkat kening).

1)Buang jauh-jauh perkara yang berlaku pada tahun sebelumnya..tahun baru,buku baru.contohnya tahun lepas exam dapat nombor 20..so tak semestinya tahun ni nombor 20 lagi..

2) Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.dengar je..jangan sesekali cakap.."errmmm dah tau dah"

3)
Jangan menyangkal kata-kata guru.Ikut je apa yang cikgu cakap

4)Pakai sekemas dan sebersih yang miungkin.

5)Bagi pelajar lelaki,Rambut ikut piawaian..(ppeehhh..dah macam QC)

6)Kalau boleh datang awal(hari kedua datang la lambat-lambat)

7)Malam sebelum tu,siapkan alat tulis dan buku atau kertas dan tidur awal..

8)Pagi-pagi sarapan dulu sedas dua..penting untuk tenaga.

9)Buat-buat tak kenal kawan,buat macam hilang ingatan..haha(yang ni tak boleh pakai)

10)Enjoy hari persekolahan..mind set biar betul..okay?



harap dapat la kita kongsi buat sama-sama..kadang-kadang benda yang remeh tu la yang kita paling lupa nak buat..

#STPM Candidate.okay poyo sikit..haha..sekian..babai.

Wednesday 28 December 2011

Keyakinan Yang Macam Tak Yakin

Ok..Assalamualaikum..selamat err pagi petang siang malam(tengok time la korang bace post ni bila..haha)Aiman ooii..ada ke orang nak baca....(kkrreekkkk-kkreeekk-kreekk bunyi cengkerik)..okay..berkenaan tajuk post kat atas tu..nak tanya jugak,korang pernah tak ada masalah dengan self confident..atau keyakinan diri..mesti ada jugak kan..kalu tak ada tu wwooowww!! hebat la..nak belajar jugak macam mana nak bagi keyakinan diri kita ni tinggi..

1)Kem Bina Jati Diri      -ok dah pergi-
2)Ceramah Potensi Diri  -ok dah pergi-
3)Terapi Dr. Jism          -ok takde kena mengena-

hasilnya..macam tu jugak..susah laa..okay time tunggu result SPM hari tu ade kerja kat restoran..aku sendiri tak confident dengan tangan aku masa nak buat air.
aku berhenti kerja..

lepas tu..kerja pulak kedai buat baju..aku sendiri tak yakin dengan tangan aku masa nak print baju tu...
ok alternatif aku jadi tukang keringkan baju..

banyak lagi sebenarnya..dengan para-para gadis pon macam tu jugak..nak tegur diorang..peerrhh macam nak pergi bukak mulut buaya takutnya..lepas tu banyak la gosip liar yang cakap aku ni jenis sombong(walawei)
tak ape la..nak buat macam mana..sampai sorang  awek ni aku nak tegor pon macam nak pergi everest je susahnye..padahal memang dah tangkap syahdu dengan dia(ok tiba-tiba teringat Mini Driving Institute)..

apa boleh buat..mungkin ada jalan yang betul boleh tolong masalah ni..
aku ada jugak pergi cari kat Blog-blog lain..so,ada la dapat sikit-skit..ni kat bawah ni maybe kita boleh cuba sama-sama ek..

“setiap manusia mempunyai kelemahan dan ia akan membandingkan kelemahan dirinya dengan orang lain”

1. Duduk di barisan hadapan di majlis yang dihadiri. Tidak kisah majlis apa yang anda hadiri. Cuba belajar untuk menjadi seorang yang duduk di barisan hadapan.
2. Berlatih membuat ‘eye contact’. Bukan mudah untuk membuat ‘eye contact’ sebenarnya. Tetapi seorang yang gagal membina ‘eye contact’ yang baik, tidak mampu mencipta pengaruh di dalam percakapannya.
3. Berjalan 25% lebih cepat dari biasa. Berjalan dengan lebih cepat seolah-olah mencipta bahasa badan anda seorang sibuk. Ianya membuatkan anda berasa seolah-olah anda seorang yang sedang menguruskan perkara yang penting.
4. Berlatih untuk bercakap. Paksa diri anda untuk memberi pendapat walaupun ianya mungkin sebenarnya ‘kecil’ bagi anda. Elak daripada terjerat dengan diri dengan mengatakan bahawa, ‘pendapat saya mungkin sebenarnya bodoh.’
5. Senyum dengan lebar.Senyum adalah bahasa badan yang positif.Ianya juga tonik kepada diri untuk membina keyakinan diri.

okay harap dapat la kita cuba sama-sama ek..wassalamu.

Wednesday 19 October 2011

Sebab Apa Aku Gila Minat Sangat Manchester United

assalamualaikum semuanya..lama nye tak mencoret sesuatu disini..hhuuurrrmmmm...(giler poyo ayat macam ni)..haha..okaylah..tajuk kat post atas tu macam menarik je kan??(kalau korang bukan liverpool,chelsea,arsenal,man city,spurs fans mesti menyampah kan??)haha..nak wat camne..banyak persoalan yang berada di minda bak kata najwa latiff dalam single cinta muka buku nye itu..ramai orang sekeliling aku asyik tanya kat aku..
"Aiman,pe sebab ko minat sangat manchester united tu hah?"
"Aiman nape kamu gila sangat pasal man united?"

jawapan aku senang dan mudah seperti menjawab soalan bebudak tadika yang bertanyakan sesuatu tentang spongebob seluar kotak..nak wat cemana..dah memang aku minat sangat kat team tu..

Mak ngan ayah aku pon selalu bising pasal hal ni..yela..dah aku asyik ngan man united je..sampai dorg pon mcm rimas la jgak(ayah aku fans the gunners)..mane tak nye..dalam bilik aku penuh dengan poster-poster diorang..duit aku pon banyak habis kat situ je..sekarang ni aku tengah giat kumpul tin Mister Potato..sebab kerepek rasmi united 2..team lain ade??haha..keropok moni..rasa yang menawan.

masa post ni ditulis..hujung minggu ni derby day united vs city..(city la team paling aku menyampah)..mase aku tgh jalan-jalan kat facebook..aku nampak satu post yang macam bercahaya..haha.."Dato' Seri Najib mengajak fans man united menonton derby manchester di kediamannya di Seri Perdana"(lebih kurang macam tu la post nye....)fuuyyyooo aku cakap,biar betul pak najib ni..hhaa..tapi dia memang fan united pon..kalau ferguson taw..mesti lagi kuat ferguson kunyah chewing gum nye..hehe,,

team lain ade??haha..tak de kan..biasa la tu..kitorang CHAMP19N..haha..

aku start minat united ni dari aku belum sekolah rendah lagi..masa tu bapak sedara aku belikan aku jersi united yang putih 1997 2..ade tulis sharp viewcam..aku pon heran la kan..baju ape kah itu..kalau die belikan aku sut batman ke superman ke..taw la jugak aku..tapi..aku tetiba minat baju tu..sampai la satu malam..aku tgok berita..pastu aku nampak satu mamat ni pakai baju sama macam aku..(Ryan Giggs)..aku pon tertanya-tanya la..sape kah gerangan abang tu..sampai la satu hari aku tau yang itulah MANCHESTER UNITED..so,dari situlah aku start taksub ngan MU,,masa kecik-kecik dulu ayah aku selalu suruh aku hafal sifir..tapi kau tak hafal..bila tanya je..aku cakap tak ingat.."kalau tanye name player MU tu kamu ingat pulak semua name nye"sinis ayahku..haha..

Official nye game MU pertama 90 minit yang aku tgok ialah United lwn Bayern Munich final champions league '99..kalau korang fan MU..korang taw la game tu berhantu ke tak..haha..sebab apa aku cakap macam tu..haa..pegi wat researh sikit..haha..so start dari situlah aku bergelumang dengan MANCHESTER UNITED..sekian jela..kalau korang rasa buang masa bace post aku ni...lantak la..apa aku kisah..haha..

Add caption

Add caption

Add caption












Monday 15 August 2011

Maaf,Bermaafan,Memaafi,Pemaaf,Dimaafkan~

assalamualaikum..selamat pagi,petang,siang,malam..pegi la tidor..(kalau korang bace malam-malam)..haha..
nak mencarut??jangan..cili molot tu karang..nak puji tak pe..(merepek..)..apa macam semua??sihat??sakit??,,tak pe..ucap je alhamdulillah..sihat ke sakit ke semua tu datang nye dari maha suci tuhan pencipta langit dan bumi..ada hikmah semua tu jadi..percaya lah..(bak kata lagu kak siti)..


ok..post hari ni tu kat atas tu..cantek bukan..nampak macam senang je nak buat kan??tapi..percaya lah(lagu kak siti)..susah kot nak jadi pemaaf dan meminta maaf..tapi,sekali kita dah buat..tenang je rasenye..memang susah untuk kita memaafkan orang..(kalau senang-senang je semua benda boleh maaf..tak de la bina penjara)..
jadi,orang yang mudah meminta maaf dan mudah memaafkan orang lain yang membuat salah ialah orang yang hebat..percaya lah(bak kata lagu kak siti)..tak ramai yang sanggup buang ego dan sombong untuk berbuat demikian..



 Hal ini di tunjukkan sendiri oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepadanya.
Sikap pemaaf ini hanya di miliki oleh jiwa yang bersih dan suci.Orang yang pemaaf mempunyai hati yang kaya, kerana ia tidak ambil hati terhadap kata-kata dan perbuatan orang lain terhadapnya. Lantaran kekayaan jiwa yang memenuhi hatinya, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak memberi kesan kepada hatinya. Yang penting bagi insan pemaaf ini ialah sifat berkasih sayang sesama manusia. .
macam mana nak jadi seorang pemaaf..

1)tak payah la nak menang je setiap masa
2)fikirlah..(bak kata lagu aizat amdan)..orang lain pun ada masalah jugak..
3)mengingati bahawa allah mengangkat darjat orang yang pemaaf dan memaafkan orang lain..
4)berdoa supaya disabarkan hati
5)Bersangka baik
6)memikirkan budi dan jasa orang lain/sahabat kita..

so,insyallah(bak kata lagu maher zain)..hidup kita tenang dan dirahmati Allah..

credit to SOLUSI #25




Monday 8 August 2011

Masih ada kurniaNya.

assalamualaikum dan selamat pagi petang siang malam..ketika aku mencoret new post ni..kalendar telah pun menunjukkan angka 8..8 Ogos 2011 bersamaan 8 ramadhan 1432h..Alhamdulillah..dah masuk 8 hari kita berpuasa tahun ni..diharapkan dapatlah mencukupkan puasa tu sampai la 30 hari..insyaAllah..ok,,Dalam bulan ramadhan yang berkat lagi mulia ni..Allah telah pon menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada hamba-hamba yang bertakwa kepadaNya dan sebagai hamba,kita mesti memanjatkan syukur ke hadrat Illahi atas kurniaannya itu..Kita tak sedar dan tak dapat dikira berapa banyak dah dosa yang kita lakukan selama kita hidup di atas bumi Allah ini..Namun,Allah tidak pula menarik nikmat dan kurniaNya daripada kita..pernah kita terfikir mengapa??itu maknanya Allah masih lagi sayangkan kita dan masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bertaubat..Allah masih sayangkan kita..cuma kita saja yang cuba jauh dari Dia..tiap-tiap hari kita menyedut udara segar yang dikurniakan olehNya..cuba bayangkan jika kita tak diizinkan untuk menyedut udara pada satu hari..nescaya binasa lah kita..


Ayah:Nak,maghrib dgn isya' ni jom la kita berjemaah kat masjid.
Anak:bukan tak nak pergi,tapi sibuk la..kerja sekolah banyak..sibuk la..tak de masa..ayah pergi la dulu
Ayah:nak,pernah tak satu detik pon allah itu lupa untuk memberi kita rezeki kerana sibuk dan tak ade masa..
Anak:tak pernah..kenapa pulak tanya macam tu?
Ayah:sesibuk mana pon kita,,ingat..tanggungjawab kita yang fardhu perlu diutamakan dulu..baru yg lain2..
        cuba bayangkan jika Allah itu sibuk dan tak ade masa utk memberi kita nikmat di dunia ni??macam   
        mana??binasa la kita..






Dalam bulan yang penuh dengan keredhaan ini..marilah kita sama-sama mencari rahmatNya..jangan kita pernah lupa kepadaNya..kerana kurniaNya masih ada pada kita..





Tuesday 12 July 2011

Itu lah gunanya kawan kan..

assalamualaikum..selamat malam diucapkan kepada semua yg hadir pada malam penoh gemilang di mana saya akan ditabalkan sebagai ajk kelab bunga raya sekolah ini..hahahaha..mesti korang rase nak mencarut kan..jangan2..ni tempat tak boleh itu macam aa..~..ok..malam-malam ni saje nak share apa itu sebenarnye kawan/sahabat/rakan/taulan/member/friend/macam-macam lagi la..


kawan ni satu individu yang penting jugak dalam kehidupan kita ni..(tak boleh bayang macam mane hidup tak de kawan).tapi,kawan ni ade bermacam-macam jenis..biasa la tu kan..dan dalam banyak-banyak kawan tu,kita akan pilih seorang atau dua yang kita anggap special atau kita rasa paling rapat..itu la best friend atau budak sekarang ni panggel ape..buddy??ntah..aku pon tak tau..kawan ni juga banyak mainkan peranan dalam diri or kehidupan kita..ye la..kawan ni kekadang boleh jugak mempengaruhi keputusan yang akan kita decide tak kira la positif atau negatif..tapi seorang kawan yang baik sentiasa inginkan yang terbaik untuk kawan dia..so,dia tak kan menjahanamkan kawan nye..yang jahanam tu bukan kawan ye murid-murid..tu la....wan(murid-murid sambung)..bagus..


so,sebagai kawan yang baik..kita janganla jadikan kawan kita tu jahanam..kita jugak kena la pandai pilih kawan..(tapi jangan la memilih sangat)..kawan la dengan orang-orang yang korang taw asal usul nye..(jangan kawan ngan bunian dah la..)..


dari mula aku taw ape tu maksud kawan sampai lah sekarang ni..aku rase tak de pon kawan-kawan aku yang cuba jahanam kan aku..semua elok-elok je..bak kata wayne rooney ''just nice''.masuk aku form 6 ni lagi la macam-macam jenis perangai ku jumpa..tapi semua ok je..tak de masalah pon..sorang dua tu biasalah..bukan senang nak biasakan diri kat tempat n persekitaran yang baru..ambik mase sikit laa..


kawan yang baik pon kenalah selalu ada bersama kawan tak kisah la time susah or senang..kalau rasa boleh tong..tolong laa..kalau rase tak boleh,cuba la pikirkan alternatif lain untuk kawan tu..memang la nampak sikit je benda yang kita buat tu..tapi caya la..kesan nye mendalam dan susah utk lupakan memori berkawan tu..ok, kawan??.kepada semua kawan-kawan saya tu..terima kasih..saya bertuah dapat kawan ngan anda semua..=)..ok la,,babai.







Sunday 10 July 2011

L.O.V.E itu C.I.N.T.A. -DAN- M.A.G.G.I.E atau C.I.N.T.A.N~

assalamualaikum..selamat pagi yg awal..(2.30 a.m)..ape tajuk atas tu..??poyo ke aku ni nak cakap pasal benda-benda cinta ni?tak lah..semua orang ada cinta dan ingin cinta kan..tapi cinta tu biarlah cinta yang elok belaka..jangan la cinta dadah ke,cinta rempit ke,cinta pukul orang ke..tak boleh laa itu macam..tak guna pon..okay..bukan ape nak post pasal cinta ni..tapi tu lah..orang-orang sekeliling asyik membicarakannya dan mengatakan ia nya amat indah(bukan aku yang tulis ni)..hari-hari ade je kawan-kawan yg mengadu kat aku pasal kisah cinta diorang..happy la..macam cilakak la..indah la..nak bagi pelempang la..macam-macam..ade jugak yg mintak pendapat..aduhai..sms la ON LOVE..haha..tak de la..aku ok je..mane yg aku rase boleh tolong aku tolong la..

ok..kita start yang cerita pasal indah cinta ni..ramai kawan-kawan aku yang indah je muka dorg ni bila cerita pasal cinta diorang ni..semua rasenye tak de masalah dalam soal cinta ni..bila aku tanya diorang.."weh,ko ni serius ke ngan minah@mamat tu''..diorang pon jawab dengan megah diri nya.."well,mesti la..aku rasa dia la yg sesuai utk aku''..ok aku cakap..go on je la..jangan melampau dah laa..

lepas tu..selang berapa bulan.."man,aku dah break la ngan mamat@minah tu.."..ape pasal pulak kan..aku pun tanye la jugak..tak laa terus gelak and cakap padan muka je.."dia curang/main taik/tak sayang/kebas di orang/bosan.."..antara runtutan yang selalu menjadi puncanye..aku pon cakap la.."bukan dia ke yang ko cakap sesuai utk ko dulu?"..pastu terus diam..buat akal tgok cermin,,btol rambut..tu laa..lain kali jgn la over con sangat..slow and steady je..tak yah ribut..

aku pon bagi la nasihat kat dorg ni..tak pe laa..niat aku nak tolong..tak nak la pulak dorang frust sangat..that's what friends are for right?..semua tu ade hikmahnya..tuhan dah tetap kan yang terbaik untuk kita,,cuma kita je yang kena cari jalannye..tak de jalan shortcut..kena usaha..tetapkan dalam hati tu cintakan maha pencipta tu..baru la nak cinta sesama insan..tu je sebenarnye..kalau dalam dah bersih,tenang..luar ape tah lagi kan?dan..bila kita cinta pada yang maha agung..confirm punye cinta kita berbalas..hidup dalam rahmatNya..hidup jadi tenang je..ok peeps??

aku pon cakap ni bukan la based on pengalaman..tapi dari pemerhatian..ya..memang semua orang tak sempurna 100%..tapi..kita jadilah sempurna 90%..ok ape tu..usaha je ke arah tu..ok?so,tu je lah ye..mata ajak tidur la pulak..ok ..tata(cinta bantal busuk).