Friday 30 December 2011

Apa Yang Perlu Dan Jangan Dilakukan Pada Hari Pertama Persekolahan Di Tahun Yang Baru

Assalamualaikum..selamat pagi petang siang malam..(tengok keadaan la ye)..okay,tajuk post yang kat atas tu sudah terang lagi bersuluh dengan 8 lampu suluh dibantu dengan lampu kereta dan lampu limpah stadium terangnya untuk panduan pelajar sekolah..kalau korang nak aplikasi kan dalam hari mula-mula masuk kerja..rasanya kurang sesuai la..okay??

masa post ni ditulis,tarikh yang tertera kat sudut bawah kanan komputer ni tunjuk angka 30.12.2011..
wahhhh dah sepuluh tahun dah ekkk(kalau korang baca post ni tahun 2021)haha..kidding.maknanya tak sampai lagi seminggu sekolah akan dibuka balik dan lantas pakcik Guard tak akan lagi berseorangan di sekolah..hehe..jadi,kebiasaannya,minggu pertama sekolah memang excited tu ada lagi..semangat pakai beg,kasut,baju baru tu tinggi macam KLCC lagi..tapi,ada jugak yang kuciwa dan berduka lara kerana cuti terlalu singkat katanya..(sambil buat muncung ikan dan mata jeling kanan).

okay,kat sini nak bagi lah beberapa panduan yang maybe kita boleh pakai bersama untuk hari pertama sekolah tahun depan..bukan apa..kita perlu ada momentum untuk teruskan sampai bulan 11..kalau bulan 1 dah macam jelly lembik je buat ape..kena lah semangat sikit dan teruskan sampai akhir tahun lebih-lebih lagi yang ada exam pmr,spm dengan apa ek lagi satu(sambil angkat-angkat kening).

1)Buang jauh-jauh perkara yang berlaku pada tahun sebelumnya..tahun baru,buku baru.contohnya tahun lepas exam dapat nombor 20..so tak semestinya tahun ni nombor 20 lagi..

2) Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.dengar je..jangan sesekali cakap.."errmmm dah tau dah"

3)
Jangan menyangkal kata-kata guru.Ikut je apa yang cikgu cakap

4)Pakai sekemas dan sebersih yang miungkin.

5)Bagi pelajar lelaki,Rambut ikut piawaian..(ppeehhh..dah macam QC)

6)Kalau boleh datang awal(hari kedua datang la lambat-lambat)

7)Malam sebelum tu,siapkan alat tulis dan buku atau kertas dan tidur awal..

8)Pagi-pagi sarapan dulu sedas dua..penting untuk tenaga.

9)Buat-buat tak kenal kawan,buat macam hilang ingatan..haha(yang ni tak boleh pakai)

10)Enjoy hari persekolahan..mind set biar betul..okay?



harap dapat la kita kongsi buat sama-sama..kadang-kadang benda yang remeh tu la yang kita paling lupa nak buat..

#STPM Candidate.okay poyo sikit..haha..sekian..babai.

No comments:

Post a Comment