Friday 30 December 2011

Apa Yang Perlu Dan Jangan Dilakukan Pada Hari Pertama Persekolahan Di Tahun Yang Baru

Assalamualaikum..selamat pagi petang siang malam..(tengok keadaan la ye)..okay,tajuk post yang kat atas tu sudah terang lagi bersuluh dengan 8 lampu suluh dibantu dengan lampu kereta dan lampu limpah stadium terangnya untuk panduan pelajar sekolah..kalau korang nak aplikasi kan dalam hari mula-mula masuk kerja..rasanya kurang sesuai la..okay??

masa post ni ditulis,tarikh yang tertera kat sudut bawah kanan komputer ni tunjuk angka 30.12.2011..
wahhhh dah sepuluh tahun dah ekkk(kalau korang baca post ni tahun 2021)haha..kidding.maknanya tak sampai lagi seminggu sekolah akan dibuka balik dan lantas pakcik Guard tak akan lagi berseorangan di sekolah..hehe..jadi,kebiasaannya,minggu pertama sekolah memang excited tu ada lagi..semangat pakai beg,kasut,baju baru tu tinggi macam KLCC lagi..tapi,ada jugak yang kuciwa dan berduka lara kerana cuti terlalu singkat katanya..(sambil buat muncung ikan dan mata jeling kanan).

okay,kat sini nak bagi lah beberapa panduan yang maybe kita boleh pakai bersama untuk hari pertama sekolah tahun depan..bukan apa..kita perlu ada momentum untuk teruskan sampai bulan 11..kalau bulan 1 dah macam jelly lembik je buat ape..kena lah semangat sikit dan teruskan sampai akhir tahun lebih-lebih lagi yang ada exam pmr,spm dengan apa ek lagi satu(sambil angkat-angkat kening).

1)Buang jauh-jauh perkara yang berlaku pada tahun sebelumnya..tahun baru,buku baru.contohnya tahun lepas exam dapat nombor 20..so tak semestinya tahun ni nombor 20 lagi..

2) Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.dengar je..jangan sesekali cakap.."errmmm dah tau dah"

3)
Jangan menyangkal kata-kata guru.Ikut je apa yang cikgu cakap

4)Pakai sekemas dan sebersih yang miungkin.

5)Bagi pelajar lelaki,Rambut ikut piawaian..(ppeehhh..dah macam QC)

6)Kalau boleh datang awal(hari kedua datang la lambat-lambat)

7)Malam sebelum tu,siapkan alat tulis dan buku atau kertas dan tidur awal..

8)Pagi-pagi sarapan dulu sedas dua..penting untuk tenaga.

9)Buat-buat tak kenal kawan,buat macam hilang ingatan..haha(yang ni tak boleh pakai)

10)Enjoy hari persekolahan..mind set biar betul..okay?



harap dapat la kita kongsi buat sama-sama..kadang-kadang benda yang remeh tu la yang kita paling lupa nak buat..

#STPM Candidate.okay poyo sikit..haha..sekian..babai.

Wednesday 28 December 2011

Keyakinan Yang Macam Tak Yakin

Ok..Assalamualaikum..selamat err pagi petang siang malam(tengok time la korang bace post ni bila..haha)Aiman ooii..ada ke orang nak baca....(kkrreekkkk-kkreeekk-kreekk bunyi cengkerik)..okay..berkenaan tajuk post kat atas tu..nak tanya jugak,korang pernah tak ada masalah dengan self confident..atau keyakinan diri..mesti ada jugak kan..kalu tak ada tu wwooowww!! hebat la..nak belajar jugak macam mana nak bagi keyakinan diri kita ni tinggi..

1)Kem Bina Jati Diri      -ok dah pergi-
2)Ceramah Potensi Diri  -ok dah pergi-
3)Terapi Dr. Jism          -ok takde kena mengena-

hasilnya..macam tu jugak..susah laa..okay time tunggu result SPM hari tu ade kerja kat restoran..aku sendiri tak confident dengan tangan aku masa nak buat air.
aku berhenti kerja..

lepas tu..kerja pulak kedai buat baju..aku sendiri tak yakin dengan tangan aku masa nak print baju tu...
ok alternatif aku jadi tukang keringkan baju..

banyak lagi sebenarnya..dengan para-para gadis pon macam tu jugak..nak tegur diorang..peerrhh macam nak pergi bukak mulut buaya takutnya..lepas tu banyak la gosip liar yang cakap aku ni jenis sombong(walawei)
tak ape la..nak buat macam mana..sampai sorang  awek ni aku nak tegor pon macam nak pergi everest je susahnye..padahal memang dah tangkap syahdu dengan dia(ok tiba-tiba teringat Mini Driving Institute)..

apa boleh buat..mungkin ada jalan yang betul boleh tolong masalah ni..
aku ada jugak pergi cari kat Blog-blog lain..so,ada la dapat sikit-skit..ni kat bawah ni maybe kita boleh cuba sama-sama ek..

“setiap manusia mempunyai kelemahan dan ia akan membandingkan kelemahan dirinya dengan orang lain”

1. Duduk di barisan hadapan di majlis yang dihadiri. Tidak kisah majlis apa yang anda hadiri. Cuba belajar untuk menjadi seorang yang duduk di barisan hadapan.
2. Berlatih membuat ‘eye contact’. Bukan mudah untuk membuat ‘eye contact’ sebenarnya. Tetapi seorang yang gagal membina ‘eye contact’ yang baik, tidak mampu mencipta pengaruh di dalam percakapannya.
3. Berjalan 25% lebih cepat dari biasa. Berjalan dengan lebih cepat seolah-olah mencipta bahasa badan anda seorang sibuk. Ianya membuatkan anda berasa seolah-olah anda seorang yang sedang menguruskan perkara yang penting.
4. Berlatih untuk bercakap. Paksa diri anda untuk memberi pendapat walaupun ianya mungkin sebenarnya ‘kecil’ bagi anda. Elak daripada terjerat dengan diri dengan mengatakan bahawa, ‘pendapat saya mungkin sebenarnya bodoh.’
5. Senyum dengan lebar.Senyum adalah bahasa badan yang positif.Ianya juga tonik kepada diri untuk membina keyakinan diri.

okay harap dapat la kita cuba sama-sama ek..wassalamu.