Monday 8 August 2011

Masih ada kurniaNya.

assalamualaikum dan selamat pagi petang siang malam..ketika aku mencoret new post ni..kalendar telah pun menunjukkan angka 8..8 Ogos 2011 bersamaan 8 ramadhan 1432h..Alhamdulillah..dah masuk 8 hari kita berpuasa tahun ni..diharapkan dapatlah mencukupkan puasa tu sampai la 30 hari..insyaAllah..ok,,Dalam bulan ramadhan yang berkat lagi mulia ni..Allah telah pon menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada hamba-hamba yang bertakwa kepadaNya dan sebagai hamba,kita mesti memanjatkan syukur ke hadrat Illahi atas kurniaannya itu..Kita tak sedar dan tak dapat dikira berapa banyak dah dosa yang kita lakukan selama kita hidup di atas bumi Allah ini..Namun,Allah tidak pula menarik nikmat dan kurniaNya daripada kita..pernah kita terfikir mengapa??itu maknanya Allah masih lagi sayangkan kita dan masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bertaubat..Allah masih sayangkan kita..cuma kita saja yang cuba jauh dari Dia..tiap-tiap hari kita menyedut udara segar yang dikurniakan olehNya..cuba bayangkan jika kita tak diizinkan untuk menyedut udara pada satu hari..nescaya binasa lah kita..


Ayah:Nak,maghrib dgn isya' ni jom la kita berjemaah kat masjid.
Anak:bukan tak nak pergi,tapi sibuk la..kerja sekolah banyak..sibuk la..tak de masa..ayah pergi la dulu
Ayah:nak,pernah tak satu detik pon allah itu lupa untuk memberi kita rezeki kerana sibuk dan tak ade masa..
Anak:tak pernah..kenapa pulak tanya macam tu?
Ayah:sesibuk mana pon kita,,ingat..tanggungjawab kita yang fardhu perlu diutamakan dulu..baru yg lain2..
        cuba bayangkan jika Allah itu sibuk dan tak ade masa utk memberi kita nikmat di dunia ni??macam   
        mana??binasa la kita..






Dalam bulan yang penuh dengan keredhaan ini..marilah kita sama-sama mencari rahmatNya..jangan kita pernah lupa kepadaNya..kerana kurniaNya masih ada pada kita..





No comments:

Post a Comment