Monday 15 August 2011

Maaf,Bermaafan,Memaafi,Pemaaf,Dimaafkan~

assalamualaikum..selamat pagi,petang,siang,malam..pegi la tidor..(kalau korang bace malam-malam)..haha..
nak mencarut??jangan..cili molot tu karang..nak puji tak pe..(merepek..)..apa macam semua??sihat??sakit??,,tak pe..ucap je alhamdulillah..sihat ke sakit ke semua tu datang nye dari maha suci tuhan pencipta langit dan bumi..ada hikmah semua tu jadi..percaya lah..(bak kata lagu kak siti)..


ok..post hari ni tu kat atas tu..cantek bukan..nampak macam senang je nak buat kan??tapi..percaya lah(lagu kak siti)..susah kot nak jadi pemaaf dan meminta maaf..tapi,sekali kita dah buat..tenang je rasenye..memang susah untuk kita memaafkan orang..(kalau senang-senang je semua benda boleh maaf..tak de la bina penjara)..
jadi,orang yang mudah meminta maaf dan mudah memaafkan orang lain yang membuat salah ialah orang yang hebat..percaya lah(bak kata lagu kak siti)..tak ramai yang sanggup buang ego dan sombong untuk berbuat demikian..



 Hal ini di tunjukkan sendiri oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepadanya.
Sikap pemaaf ini hanya di miliki oleh jiwa yang bersih dan suci.Orang yang pemaaf mempunyai hati yang kaya, kerana ia tidak ambil hati terhadap kata-kata dan perbuatan orang lain terhadapnya. Lantaran kekayaan jiwa yang memenuhi hatinya, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak memberi kesan kepada hatinya. Yang penting bagi insan pemaaf ini ialah sifat berkasih sayang sesama manusia. .
macam mana nak jadi seorang pemaaf..

1)tak payah la nak menang je setiap masa
2)fikirlah..(bak kata lagu aizat amdan)..orang lain pun ada masalah jugak..
3)mengingati bahawa allah mengangkat darjat orang yang pemaaf dan memaafkan orang lain..
4)berdoa supaya disabarkan hati
5)Bersangka baik
6)memikirkan budi dan jasa orang lain/sahabat kita..

so,insyallah(bak kata lagu maher zain)..hidup kita tenang dan dirahmati Allah..

credit to SOLUSI #25




No comments:

Post a Comment